Archive for September 12, 2009

seorang lelaki & seekor rama-rama

tersebut kisah, di sebuah kediaman yang harmoni, tinggal seorang lelaki yang mempunyai sebuah taman yang cantik
terdapat pelbagai jenis bunga di taman itu.. keharmoniannya memikat rama-rama untuk selalu bermain-main di sekitar taman

pada suatu hari, ketika lelaki itu bersiar-siar.. menikmati indah panorama di tamannya..
dia terlihat akan sebuah kepompong rama-rama di atas sebuah dahan.. lelaki itu tertarik untuk menunggu keluarnya sebuah rama-rama yang cantik penghias tamannya

hari demi hari, dia akan segera melihat ke arah kepompong rama-rama itu..
hingga tiba lah masanya rama-rama itu keluar dari kepompong
dalam kepayahan.. perlahan-lahan sedikit demi sedikit kepompong itu carik..
ia cuba sedaya upaya keluar sedikit demi sedikit..
lelaki itu melihat dengan penuh kegembiraan, setelah sekian hari menanti keluarnya rama-rama itu

kelihatan rama-rama mengalami kesukaran, tetapi dia terus mencuba..
gagal.. ia terus cuba lagi.. gagal.. ia terus berusaha kuat lagi..

melihat keadaan rama-rama itu.. lelaki ini berasa kasihan kepadanya.. lelaki ini merasa ingin membantu rama-rama tersebut untuk keluar..
perlahan-lahan.. lelaki itu membuatkan sebuah lubang agar senang rama-rama itu dapat keluar..

sangkanya begitu..

keluarlah si rama-rama dengan mudah atas bantuan dari lelaki tersebut.. akan tetapi bila rama-rama itu keluar, ia tidak seperti yang disangka..
rama-rama itu tidak mampu terbang dan tidak dapat menjadi seperti rama-rama lain..
kerana rama-rama itu tidak melalui keperitan dan kesusahan yang perlu ia lalui sebagai melengkapi prosesnya menjad seekor rama-rama yang cantik..
untuk seekor rama-rama keluar dari kepompong ia perlu behempas pulas dengan usahanya sendiri.. atas usaha dan keperitan akan mengeluarkan cecair dari badannya..
yang akan memberikan tenaga pada sayapnya.. apabila is berjaya keluar…

—————————————–
begitulah juga kisah hidup manusia.. kita perlu menghadapi keperitan dan kesusahan dalam hidup untuk berjaya..
tiada jalan pintas yang akan membawa kita kepada kejayaan yang sebenar..
kesusahan dan kesukaran dalam hidup akan memberikan kita kematangan dan pengalaman berharga..

kisah rumput & org yg disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

kisah sang pungguk

Di dalam sebuah hutan rimba permai, ada seekor pungguk yang selalu menanti kehadiran malam. Saban malam Pungguk akan mengadu pada bulan..

“Bulan yang telah menawan hatiku.. datanglah padaku.. aku terlalu merinduimu.. ku harap kau sudi terhadapku..”

Namun, setiap kali Bulan tidak pernah ingin mengendahkan kata-kata sang Pungguk. Bulan lebih senang ditemani bintang-bintang yang bergemerlapan disekelilingnya. Berkata Bulan pada sang Pungguk “Kedudukan aku sangat tinggi, mana mungkin aku perlukanmu, kamu tidak setanding aku, lagipun kamu hanya sang Pungguk.. Hahaha.. mana mungkin aku perlukanmu” Kata-kata bulan yang terlalu sombong menghancurkan sedikit demi sedikit hati sang Pungguk. Berlalulah sang Pungguk dalam kesayuan, bersama hati yang perih dan pedih.

Walaupun begitu, sang Pungguk tetap tidak pernah rasa ingin berputus asa, jauh disudut hatinya bulan perlukannya. Sudah ramai yang menasihatinya untuk berputus asa pada bulan, tapi hatinya setiap kali tetap ingin memandang pada Bulan.

Begitulah sang pungguk, tidak pernah beralih .. tetap menanti disitu.. walau sehingga akhir waktu..

—————————————————–

Terkadang kita sukar memahami isi hati sendiri.. sukar untuk menghalang hati dari melakukan perkara yang kita tidak ingini.. walau kita sudah mengetahui realitinya. Segalanya bermula dari hati.. kuasailah hatimu dengan iman sebelum nafsu menguasainya terlebih dahulu.. life will be complicated if you cannot control ur heart… i think… huh (sigh)

sebuah kotak hadiah

Petang itu, kedengaran riang seorang budak perempuan berlari-lari mendapatkan ayahnya.
“ayah.. Dah balik.. NiNi nak minta pembalut hadiah sehelai, boleh ayah?”

“NiNi nak buat ape? Jangan gune sembarangan nanti membazir..”

“NINI nak balut hadiah.. Boleh la ayah.. Boleh ye” Nin Memujuk dengan wajah manja.

“Okeyla.. tapi, ayah tak nak NINI guna untuk main2 tau.. Mebazir tu tak elok nak..”

“Baik ayah..” Gembira terlakar diwajahnya.. nini berlalu dengan senyuman.

Esoknya semasa keluarga itu sedang menikmati sarapan. Nini turun dengan membawa sesuatu, kemudian bergegas mendapatkan ayahnya.
“Ayah! Nini ada hadiah istimewa untuk ayah..” sambil menghulurkan sebuah kotak besar yang dibalut dengan pembalut berwarna pink.
“Buka la ayah, Nini bagi hadiah yang istimewa buat ayah.. Ayah bukala kat tempat kerja ayah nanti ye..”
tersenyum dengan penuh harapan, matanya bersinar-sinar menunjukkan kesungguhannya.

Ditempat kerja..
Ayah Nini membuka hadiah tersebut, ternyata kosong di dalamnya. Sedikit marah timbul dibenak ayahnya kerana nini telah melakukan sesuatu yang membazir.. fikirnya..
Sekembalinya Ayah ke rumah, NINI bergegas mendapatkan ayahnya.
“Ayah suka tak hadiah NINI?”
“Nini.. ayah kata dah kan jangan membazir, Nini balut kotak kosong ni kan dah membazir, sayang je pembalut tu.. Ayah tak suka nini buat macam ni..
pasni ayah tak nak bagi nini lagi pembalut”..
Wajah Nini berubah sedih.. dengan sedikit tersekat-sekat, nini mula menangis.
“tapi.. nini dah masukan banyak2 ciuman NIni kat dalam kotak tu.. pastu nini dah jerit dalam tu nini sayang ayah banyak2″
terangnya sambil teresak-esak… sedikit kecewa..
tersentak ayah nini.. memeluk lembut anak perempuan kesayangannya..

————————————————-

Terkadang benda yang nampak biasa tidak ternampak nilainya pada orang lain, tetapi amat bernilai bagi kita. Kotak hadiah yang kosong itu cumalah sebuah kotak kosong pada pandangan orang lain.
Tetapi ianya merupakan tanda jutaan kasih sayang Nini kepada ayahnya. Sesuatu itu akan menjadi tinggi nilainya dengan sentuhan kasih sayang. Kini, kotak kosong itu merupakan hadiah yang amat bermakna buat ayah Nini.
Begitulah hendaknya.. kehebatan kasih sayang.. bukan terletak pada material.. tetapi sedalam mana ia menyentuh hati sanubari..

kenapa hanya rindu?

Kenapa hanya rindu?
Episod rasa yang luluh,
Rimbunan kasih yang kuyu,
Andaian mimpi yang sayu,
Nantikan hadirnya dirimu,
Agar terlerai kesumat rindu,

Kapankah ianya kan berlaku?
Unjuran kasih melebur rindu,

Mungkinkah semuanya kerana aku?
Andai ku mula ungkapku dulu,
Lantaskah dikau menyahut aku,
Umpama cinta yang lama ku tunggu..

kau marahkan aku?

kau marahkan aku,
tiada lagi kedengaran bicaramu,
walau dari semalam ku menunggu,
seunjur waktu jua ku mohon padamu,
andai mungkin kemaafan dari mu,

kau marahkan aku,
apalagi dayaku mampu,
hanya termenung mengenang laku,
ku akui itu semua salahku,
mungkin kah ada lagi ruang untukku?

kau marahkan aku,
ku hanya mampu menunggu,
jawapan apa darimu,
harap sudi maafkan aku…

Kisah seorang gadis dan hamster

Larut malam yang sunyi, kelihatan kelibat seorang gadis termenung mengenang dukanya. Tangisnya dalam dan panjang. Hatinya bagai berkecai menjadi serpihan halus. Tika dia sedang leka melayan kesedihan terdengar bunyi yang sudah sekian malam didengarnya.
Itulah tikus peliharaannya, hamster. Sedang ligat berlari dalam rodanya. Terpikat si gadis untuk terus memerhatikan gelagat si kecil comel. Terkadang ia berlari ke kanan ke kiri, melompat-lompat, menggigit-gigit pintu pagarnya dan kemudian kembali bermain rodanya.

Si gadis  meluahkan rasa kepada si hamster. Berkata si gadis:
“Adakah engaku tahu aku sedang berduka wahai hamster..” namun sudah pasti hamster tidak dapat menjawab atau memberi tindak balas untuk memujuk. Hamster terus ligat dengan aktiviti hariannya.

Terfikir si gadis dan berkata “Engkau tidak pernah bosan dan berduka, walaupun dudukmu cuma disangkar kecil itu. Penat engkau rehat. Jaga engkau berlari,melompa, bermain perkara yang sama untuk setiap hari. Setiap hari engkau  bangun dengan penuh semangat, walaupun engkau tahu tidak banyak yang dapat engkau lakukan. Sabar dan tabahnya engkau wahai hamster..”
Di usap-usapnya hamster yang terus berlagak seperti hamster. Tiada henti semangatnya. Seraya sigadis menyambung lagi “Setiap kali kau jaga seperti hari yang baru untukmu walaupun kau duduk ditempat yang sama, begitulah semangatmu wahai hamster. Walau aku tinggalkan kau bersendirian kau tetap sama. Bila aku menyayangimu atau melebihkan mu kau tetap sama.. tetap menjadi dirimu. Tiada apa yang membuatkan semangatmu luntur.. aku kagum denganmu hamster.. kau kuat.. SUBHANALLAH! ” terucap kata kekaguman sigadis pada ciptaan yang Maha Agung. Begitu ciptaan Ilahi yang Maha Pemurah memberikan hidayah dan semangat. Kagum sigadis serta beristighfar akan kesilapannya. “Hamster, engkau tetap menjadi dirimu.. tetapi engkau telah bukakan hatiku untuk berfikir.. terima kasih hamster. Esok aku bangun dengan harapan yang baru”

mana satu kamu?kentang,telur atau kopi?

Suatu masa, seorang gadis mengadu kepada ayahnya tentang hidupnya yang bermasalah dan tidak tahu bagaimana cara untuk menghadapinya. Dia sudah penat dan lelah untuk menghadapi dugaan hidup yang tidak pernah putus. Satu masalah selesai, timbul lagi satu masalah baru.

Ayahnya seorang tukang masak, dia membawa anaknya ke dapur. Tanpa berkata apa-apa, dia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkan ketiga-tiganya di atas api.

Apabila mendidih, dia meletakkan kentang di satu periuk, telur di periuk yang lain, dan biji kopi di periuk yang lain. Kemudian menunggu ketiga-tiganya sehingga mendidih. Si anak menunggu dengan penuh hairan dengan tingkah laku ayahnya.

Selepas 20 minit, ayahnya mematikan api dan meletakkan kentang dan telur di dalam dan menuang kopi ke dalam cawan. Kemudian dia bertanya kepada anak gadisnya ”Anakku, apa yang kamu nampak?”. ”Kentang, telur dan kopi.” Jawab anaknya.

”Cuba kamu lihat dekat dan sentuh kentang itu” Gadis itu menuruti kata ayahnya, dia mendapati kentang itu menjadi lembut.

Kemudian ayahnya menyuruh gadis itu memecahkan telur. Selepas berjaya membuka kulit telur, dia mendapati ianya sebiji telur rebus yang masak penuh-pejal.

Akhir sekali, ayahnya menyuruh gadis itu merasa kopi di dalam cawan. Aromanya yang lazat, menyebabkan anaknya tersenyum. ”Ayah, apakah makna semua ini?” Tanya sigadis.

Ayahnya menerangkan, ”Kentang, telur dan kopi melalui tekanan yang sama – direbus. Walaubagaimanapun, setiap satunya memberi tindak balas yang berbeza. Kentang yang kuat bila di rebus menjadi lembut.

Telur yang mudah pecah, mempunyai kulit nipis untuk melindungi isi di dalam yang berbentuk cecair. Bila direbus isi di dalam mengeras.

Walaubagaimanapun, kopi memberikan tindak balas yang unik. Selepas direbus di dalam air yang mendidih, ianya bertukar menghasilkan sesuatu yang baru.”

”Mana satu kamu?” Tanya ayahnya.”Bila sesuatu menimpa kamu, bagaimana kamu menghadapinya?” Adakah kamu seperti kentang? Telur? Atau kopi?”

Dalam hidup, banyak perkara berlaku di sekeliling kita, banyak perkara yang menimpa kita, tetapi apa yang paling penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita.

Yang mana satukah kita? Bila masalah/ musibah datang, bagaimana tindak balas kita? Adakah ia menjadikan kita lemah, keras hati, atau ianya menjadikan kita berubah kepada seseorang yang lebih baik?

Mutiara kata: ”Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang kita cari, tetapi kebahagiaan ialah sesuatu yang kita cipta”

”Senyumlah tika gembira, senyumlah tika sakit; Senyumlah tika masalah turun bak hujan; senyumlah tika seseorang menyakitimu, dan senyumlah kerana seseorang ambil berat padamu.”

Cerita asal: http://www.ezsoftech.com/stories/mis67.asp

Terjemahan: hilwanurnadwa

FRIENDSHIP WISHES – To all My beloved friends

IT TAKES COURAGE

It takes strength to be firm,

It takes courage to be gentle.

It takes strength to conquer,

It takes courage to surrender.

It takes strength to be certain,

It takes courage to have doubt.

It takes strength to fit in,

It takes courage to stand out.

It takes strength to feel a friend’s pain,

It takes courage to feel your own pain.

It takes strength to endure abuse,

It takes courage to stop it.

It takes strength to stand alone,

It takes courage to lean on another.

It takes strength to love,

It takes courage to be loved.

It takes strength to survive,

It takes courage to live.


sepucuk surat cinta

Ketika mengemas almari fail-fail lama, tertarik pandangan pada sepucuk surat cinta. Di baca perlahan. Berbunga-bunga dan indah bahasanya. Sapaanya jua terasa lembut. Saat yang gembira. Tapi ianya bukan dituju buatku. Penerimanya ialah adik. Ketika menghubungi adikku yang sedang belajar diperantauan, aku segera menanyakan perihal warkah cinta yang kutemui. Berasa hairan dengan permintaannya, namun ada makna yang terselit.

Adik    : Simpankan surat itu dikamarku.

Aku     : Bukankah itu cerita lama? Mengapa masih ingin disimpan?

Adik    : Walaupun ianya cerita lama, tapi ianya kisahku. Aku akan tetap menghargai setiap apa yang terjadi dalam hidupku.

Aku diam sejenak, berfikir. Selalu, ingin saja dibuang atau dipadamkan kisah-kisah yang tidak enak diingatan. Kisah pilu yang ibarat batu bara yang memedihkan, namun andai batu bara itu dimanfaatkan, ianya akan menyala dan menerangi ruang yang gelap, dan menghilangkan kedinginan.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan perpisahan akan membawa sebuah pengertian, bukan kebencian atau permusuhan. Setiapnya ada hikmah dan ada pengertian yang patut diertikan.

« Previous entries