mana satu kamu?kentang,telur atau kopi?

Suatu masa, seorang gadis mengadu kepada ayahnya tentang hidupnya yang bermasalah dan tidak tahu bagaimana cara untuk menghadapinya. Dia sudah penat dan lelah untuk menghadapi dugaan hidup yang tidak pernah putus. Satu masalah selesai, timbul lagi satu masalah baru.

Ayahnya seorang tukang masak, dia membawa anaknya ke dapur. Tanpa berkata apa-apa, dia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkan ketiga-tiganya di atas api.

Apabila mendidih, dia meletakkan kentang di satu periuk, telur di periuk yang lain, dan biji kopi di periuk yang lain. Kemudian menunggu ketiga-tiganya sehingga mendidih. Si anak menunggu dengan penuh hairan dengan tingkah laku ayahnya.

Selepas 20 minit, ayahnya mematikan api dan meletakkan kentang dan telur di dalam dan menuang kopi ke dalam cawan. Kemudian dia bertanya kepada anak gadisnya ”Anakku, apa yang kamu nampak?”. ”Kentang, telur dan kopi.” Jawab anaknya.

”Cuba kamu lihat dekat dan sentuh kentang itu” Gadis itu menuruti kata ayahnya, dia mendapati kentang itu menjadi lembut.

Kemudian ayahnya menyuruh gadis itu memecahkan telur. Selepas berjaya membuka kulit telur, dia mendapati ianya sebiji telur rebus yang masak penuh-pejal.

Akhir sekali, ayahnya menyuruh gadis itu merasa kopi di dalam cawan. Aromanya yang lazat, menyebabkan anaknya tersenyum. ”Ayah, apakah makna semua ini?” Tanya sigadis.

Ayahnya menerangkan, ”Kentang, telur dan kopi melalui tekanan yang sama – direbus. Walaubagaimanapun, setiap satunya memberi tindak balas yang berbeza. Kentang yang kuat bila di rebus menjadi lembut.

Telur yang mudah pecah, mempunyai kulit nipis untuk melindungi isi di dalam yang berbentuk cecair. Bila direbus isi di dalam mengeras.

Walaubagaimanapun, kopi memberikan tindak balas yang unik. Selepas direbus di dalam air yang mendidih, ianya bertukar menghasilkan sesuatu yang baru.”

”Mana satu kamu?” Tanya ayahnya.”Bila sesuatu menimpa kamu, bagaimana kamu menghadapinya?” Adakah kamu seperti kentang? Telur? Atau kopi?”

Dalam hidup, banyak perkara berlaku di sekeliling kita, banyak perkara yang menimpa kita, tetapi apa yang paling penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita.

Yang mana satukah kita? Bila masalah/ musibah datang, bagaimana tindak balas kita? Adakah ia menjadikan kita lemah, keras hati, atau ianya menjadikan kita berubah kepada seseorang yang lebih baik?

Mutiara kata: ”Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang kita cari, tetapi kebahagiaan ialah sesuatu yang kita cipta”

”Senyumlah tika gembira, senyumlah tika sakit; Senyumlah tika masalah turun bak hujan; senyumlah tika seseorang menyakitimu, dan senyumlah kerana seseorang ambil berat padamu.”

Cerita asal: http://www.ezsoftech.com/stories/mis67.asp

Terjemahan: hilwanurnadwa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: