Archive for Uncategorized

warkah buat sahabat

6

Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya
bersama-sama. Langkahi perjalanan pagi, siang, petang dan malam, yang penuh
liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling
berpegangan tangan. Kita tak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan
yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak
dapat terlepas dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengharapkan kemampuan
sendiri. Kerana, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan
mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (An-Nisa
: 28)

Ikhwah, Akhawat dan adik-adik,
Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita
menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan
persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada
kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahawa hanya persahabatan di
atas dasar iman dan takwalah yang akan kekal abadi. “Teman-teman akrab pada
hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain
kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf : 67). Ibnu Kasir
mengatakan, “Seluruh persaudaran dan persahabatan yang tidak berlandaskan
kerana Allah pada hari kiamat nanti akan berubah menjadi permusuhan.” Begitu
juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya , yang menyebutkan bahawa kita akan
dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama orang yang kita cintai.

Saudaraku se-Akidahku,
Renungilah… Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling
dekat dengan kita dalam menyusuri kehidupan ini? Siapa orang yang paling
menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita?
Orang solehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keredhaan Allah kah dia?
Bayangkanlah persahabatan orang beriman di dunia yang kisahnya berlanjut
hingga di akhirat, sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Talib RA.

“Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang dari
keduanya meninggal dunia terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari
syurga. Ketika itu ia teringat akan teman akrabnya yang masih hidup di dunia
lalu ia berdo’a : “Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia
yang menasihatiku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang
mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku dari melakukan kemungkaran. Dia
juga yang menyedarkanku akan pertemuan dengan-Mu.. Ya Allah jangan Engkau
sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau perlihatkan padanya kenikmatan yang
Engku berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha
kepadaku.”

Maka Allah berkata padanya, “Pergilah. Seandainya engkau tahu yang Aku akan
berikan kepadanya, niscaya engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis.”
Sampai pada waktunya kemudian teman akrabnya itu meninggal dunia dan roh
mereka bertemu di Syurga. Allah berkata kepada mereka, “Saling memujilah
kalian kepada sahabat kalian.” Maka masing-masing mereka mengatakan, “Dia
adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat…”

Alangkah indahnya!…

Pertemuan yang sangat menyanyat hati dan penuh kegembiraan. Mari kita mulai
dari sekarang. Bersahabatlah dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada
redha-Nya… InsyaAllah.

rasa cinta

photography-icons60

Apa itu cinta?

……Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.

Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu

sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik

kepada yang dicintainya itu penuh emosi

dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam

cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan

yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk

mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang

menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.

Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan..

cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi

keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin

hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu

sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-

sifat cinta ;

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke

dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari

cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya

setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta

itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci

murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan

manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia

menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan

dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk

dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang

dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan

cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik

malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari

diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang

dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai

dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal

balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi

juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya

khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.

Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada

ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu

siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh

jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu

apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu

akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh

layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar

cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang,

benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis.

Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang

berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup

walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta

bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan

cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa

Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka

yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.

Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang

tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempersona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta

itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagai-

mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum

pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya

comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat

cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila

bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya

dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan

menodai cinta itu sendiri.

Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang

bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu

dikalahkan “>dikalahkan dikalahkan “>oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika

anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

……Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa

bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa

saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak

berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua

yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?

Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan

anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih

yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan

selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu

membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap

sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

– Saidina Umar Ibnul Khattab –

wassalam

nilai sepuluh ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….

Moral :


Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka…

cinta monyet..

Cinta_Monyet_by_KaixerGroup

berkorban itu indah

photography-icons7

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

“Apa khabar daun hijau,” katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

“Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?” tanya daun hijau.

“Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?” kata ulat kecil.

“Tentu.. tentu.. dekatlah kemari.” Daun hijau berfikir, “Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah.”

“Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Moral:
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah… akhirnya semua yang ada akan “mati” bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi “daun hijau”, berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai “daun hijau”. Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi “daun hijau” yang senang memberi.

madah CINTA


pretty-icons57


cinta memang indah
kengkadang kita menangis kerana cinta,
kita ketawa kerana cinta, kita muram kerna cinta
kita senyum kerna cinta,kita benci sebab cinta dan sebagainya kerna cinta
cinta… cinta… uniknya cinta.

Bahawasanya seseorang pemburu cinta adalah laksana memburu kijang di rimba belantara.
Bertambah diburu bertambah jauh dia lari
Akhirnya tersesat dalam rimba, tak bisa pulang.
~Hamka~

Cinta Allah
selangkah kita menghampiri Nya seribu langkah DIA menghampiri kita
berbeza dengan cinta manusia
semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita
kalau bertaut pun pasti terlerai,
kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya

Andai kata dunia hendak meraih cinta
ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya
ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah
bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan .
(Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub)

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Cinta adalah sebuah janji
cinta adalah sebuah cenderahati
sekali di beri tidak akan di lupakan
jangan biarkan ia hilang.

Cinta tiada pernah mengenal darjat, pangkat, bangsa atau keturunan jua
namun manusia sering leka seketika bila hanyut di lautan cinta.

Cinta merupakan permulaan kepada pengetahuan
seperti mana permulaan api kepada cahaya.

Cinta merupakan pelajaran yang paling sukar dalam kehidupan tetapi
atas sbb itu juga ia harus mendapat sepenuh perhatian untuk mempelajarinya.

Cintai lah musuh anda kerana mereka akan memberitahu kelemahan anda.

Jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan permintaan
namun ia hadir kerana ketentuannya
jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan
namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

cinta tak pernah menjanjikan apa-apa
ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali

Cinta itu seperti sinar matahari
memberi tanpa mengharap kembali,
Cinta itu seperti sinar matahari,tidak memilih siapa yang ia sinari
Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati.

cinta tak terucap dengan kata
cinta tak terungkap dengan perbuatan
cinta tak dapat di definisikan
cinta tak pasti kehadiran
cinta tak akan datang
andainya tiada kasih dan sayang.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu
Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya
tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta pernah tumbuh di hatimu.

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan
Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

cinta tak akan datang kalau tak dicari
cinta juga tak akan dapat kalau tiada siapa yang memberi
tapi mencari biarlah pada yang sudi
bukan meminta pada yang simpati.

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
~Yahya bin Muaz~

Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati @ diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.

Cinta pertama adalah kenangan. cinta kedua menjadi pengajaran
dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam
lantaran itu bajailah cinta yang di anugerahkan itu sebaik-baiknya
agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Cinta itu adalah benih kebahagiaan, dan cinta kepada Allah itu di tuju dan di bangun melalui ibadat.

Cinta bukan bagaimana menjadi pasangan yang sempurna kepada seseorang
tetapi bagaimana menemukan seseorang yang membantu mu menjadi diri mu sendiri.

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta
sementara kamu tidak berniat untuk menyambutnya.

Cinta selalu berbicara dengan bahasanya
Bahasa yang kadang begitu sulit untuk diterjemahkan manusia dan begitu sulit untuk difahami.

Jangan kerana cinta kita gugur.
Jangan kerana cinta, prinsip akan menjadi larut cair. cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan
Bahkan jika dizinkan oleh taqdir Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat
Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurgawi ilahi – tempat pertama melahirkan cinta
KesetIaanlah yang mengikat cinta. kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus di kekalkan.
~Bintu Hj Yusuf~

Cinta sejati tidak perlu di cari
Walau seribu tahun kita mencari
Cinta sejati akan datang sendiri
Walau sekejap kita menanti.

Cinta itu bukanlah terletak pada lafaznya.Tapi cinta akan hadir dengan sendirinya
secara semulajadi tanpa di paksa-paksa.

Andai kau ada untukku takkan ada rasa sepi menyelubungiku
Andai kau ada untukku aku merasa sangat dibutuhkan
Andai kau ada untukku takkan kuberjalan dengan gelisah
Andai kau ada untukku takkan mungkin ku rasakan derita
Jika kau ada dan temani aku disini aku merasa tenang
Jika kau ada dan memelukku segala kepedihanku terhapus
Jika kau ada dan memberiku cinta semuanya akan terasa indah dan penuh harapan.

Cinta sejati adalah cinta dimana kau tidak bisa meninggalkan dan melupakan orang yang kau cintai.

Jangan sekali kali bermain cinta, tanpa keikhlasan dan kejujuran
cinta itu tidak akan sempurna buat selama – lama nya.

Sudah kudaki gunung tertinggi
Hanya untuk mencari dimana dirimu
Sudah kujelajahi isi bumi
Hanya untuk dapat hidup bersamamu
Sudah kuharungi laut samudera
Hanya untuk mencari tempat berlabuhmu
Tapi semakin jauh ku mencari cinta
Semakin aku tak mengerti.

Cinta itu boleh diumpamakan
Bagai makan sambal belacan
Walau pedas hingga mengalir air mata
Masih mahu dimakan juga

Jika kamu ingin bercinta cintailah orang yang mencintai mu, bukan orang yang terpaksa mencintai mu.

Cintai lah orang yang engkau kasihi sekadarnya belaka
barangkali ia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari kelak
juga bencilah terhadap orang yang engkau benci sekadarnya saja
barangkali ia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Memiliki cinta lebih sukar dari memberinya kerana cinta akan menjadi duri
dan membawa sengsara kalau orang yang diberi tidak tahu untok menilainya.

dengan adanya cinta maka lahir nya kasih sayang
tetapi kasih sayang tidak semesti nya melahirkan cinta.

cinta adalah suatu yang unik
adakalanya ia sukar ditafsirkan
namun tatkala hati sudah ketemu cinta hakiki
berdoalah moga ia menemani jalan kebahagiaan
di dunia dan akhirat.

kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan
bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup
beri kita kekuatan dan makna sebuah perhubungan.

cinta itu tidak pernah meminta kerana ianya selalu memberi
kadang-kadang kita dengan angkuhnya mengatakan yang kita tidak akan jatuh cinta
sedangkan pada hakikatnya hati kita telah dicuri
kita tidak menyedari tatkala ia berada di sisi
tetapi setelah ia terbang jauh barulah hati akan terasa gelora cinta yang membara.

cinta itu tidak pernah mengajar erti kesengsaraan kerana cinta itu selalu hidup dalam jiwa manusia
cinta itu fitrah dan amat membuai jiwa, bermula satu detik…hati berkata ya…jiwa mula berbunga
kadang-kadang hati menahan resah dan gelora,bahagia, gembira jauh sengsara
seakan mencipta semangat baru dalam diri hingga mampu menggoncangkan dunia ini.

Cinta itu membuat kita gembira walaupun ia sering dilukakkan
cinta itu istimewa jika ia diberikan pada yang bertuah.

Jika kita menyayangi seseorang lepaskanlah dia
Jika dia kembali dia adalah milik kita
Jika tidak, dia bukan lah milik kita sejak dari mula lagi.

Cinta Sejati tidak bertambah dengan kebaikan
Cinta Sejati tidak bertambah dengan kekayaan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan keburukan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan kemiskinan
Cinta Sejati tak pernah terancam
Cinta Sejati tak pernah curiga.

Cinta itu ibarat mawar yang mekar di taman sari
tetapi kalau kita tidak pandai menjaganya, duri akan timbul melilit sanubari
Tidak semua cinta menjanjikan keindahan dan kebahagian, Jadi berwaspadalah menerokai nya
Hanya keikhlasan dan kejujuran dapat merawat segala-galanya.

Cinta terbaik adalah cinta yang tidak bersyarat.
Kita mencintai dan di cintai lengkap dengan kekurangan dan kelemahan tertentu.

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang
lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasih mu,
tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi itu
tidak tahu apa yang sesungguh nya kamu rasakan.

Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta,
hanya untuk menemukan bahawa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu
untuk orang yang tidak pernah menghargainya.

Cinta boleh membuat seseorang itu merana
tetapi cinta juga boleh membuat seseorang itu menjadi perkasa.

Kata orang cinta itu buta
Kata orang lagi cinta itu membutakan
Sebenarnya cinta itu tak bermata
Yang bermata itu adalah manusia
Kerana dari mata bertemu matalah
Maka terlahir lah cinta
Dan dari segelintir manusialah
Menjadikan cinta itu buta.

Cinta tidak tumbuh kerana keayuan atau ketampanan orang yang dicintai semata-mata.
Tetapi cinta lahir daripada kesesuaian jiwa dan kecocokan tabiat.
Penyerupaan sedemikian rupa tidak semestinya merupakan persamaan itu sendiri.
Ia merupakan daya tarikan yang menjalinkan rasa cinta di antara dua jiwa yang berbeza
dari pelbagai segi lantaran hal-hal yang tertentu.

Jangan kau ambil kesempatan kerana cintanya terhadapmu
kerana sesungguh nya kau telah berbuat zalim kerana cintanya terhadapmu.

love is a wonderful feeling
a feeling you will remamber
it’s as warm as a furry animal cuddling with you.
love is when you see sparks fly up when you fall in love with a special person.
love is something everyone can have coz without it
this world and our hearts would be empty and filled with hate.
a heart as black as the night sky. as you fill your heart with love
you will be rewarded from those who love you.

Love is more than Friendship
love is stronger than hate
love can make you happy
love can steal your fate
love is a feeling that is so true
love is what I feel for you.

Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran
Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.

Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan
Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang
Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya
Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.

Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian, Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian
gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan
Apa jua keputusan yang bakal diterima
tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan, Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal
Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.

Dari cinta Nya kita berasal
Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangi Nya
Dan demi cinta juga kita kembali kepada Nya.

Menyayangi mu bukan bererti ku menyintaimu, menyintaimu bukan bererti aku akan memiliki mu.

Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib
apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan
Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.

cinta itu seindah mentari
cinta itu seharum kasturi
cinta itu semekar kembang mewangi
cintaku tidak berbelah bagi
pada orang tua yg disayangi.

Seandainya cinta itu masih ada, hadirlah dengan kenyataan
jangan berkias dengan kata-kata, tunjukkan dengan perbuatan dan luahkan dengan ucapan.

cinta itu adalah dunia ilusi
erti cinta tidak dapat di tafsir kan
ia nya seperti bayangan yang mengikut tuan nya
hanya menunggu masa untok di leraikan menjadi realiti
perit apabila di kecewakan
dan betapa indah nya bila bersama
cinta ini tidak terukap dengan kata-kata.

Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu
Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu, Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.

Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya
Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan penuh indah.

Cinta itu seperti kupu-kupu, makin dikejar, makin ia lari.

Cinta bukan bagaimana menjadi pasangan yang “sempurna” bagi seseorang.
Tapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu
sendiri.

Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan
pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya.
Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya
berbohong.

Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan
orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak
berbahagia bersama kamu.

cinta manusia datang dari pelbagai pintu
ada pintu kasih..pintu sayang dan pintu rindu
tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta melewati pintu simpati.
~Hamka~

Cinta kepada harta ertinya bakhil
Cinta kepada perempuan ertinya alam
Cinta kepada diri ertinya bijaksana
Cinta kepada mati ertinya hidup
Dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa.
~Hukama~

jika cinta itu di tangisi dengan air mata maka tinggalkan lah cinta itu
cinta itu bukan untuk di tangisi malah ia dicipta utk di nikmati
maka nikmatilah anugerah cinta itu dengan bijak dan terbaik.

jika cinta adalah wanita, tiada pakaian yang dapat menggambarkannya.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembus kegagahan
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
~hamka~

Cinta adalah suatu janji atau hutang bagi orang
yang telah menjanjikan keindahan cinta kepada kekasih yang dicintai
jadi janganlah kau berjanji atas nama cinta jika belum tentu kau akan melunasinya
kerana itu suatu hutang cinta untukmu.

Cinta itu adalah kata hati, jika ianya ada peranan dalam hidup ini
Cinta itu selalu indah untuk dilihat, di rasa dan dilaksanakan
Untuk itu jagalah cinta agar tetap ada dan harum selalu.

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai
Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga
Kerana bunga akan layu bila akhir musimnya
Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir
kerana ianya akan mengalir buat selamanya.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini
pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.

Dalam kitaran cinta, ada yang berjaya hingga ke jenjang pelamin
Tidak kurang juga ada yang gagal, Dalam hal ini kita perlu menilai semula diri sendiri
Cinta tidak akan datang sekiranya kita gagal mencintai Allah s.w.t.

cinta itu takkan datang kalau tak dicari, dan takkan dapat kalau tak memberi
seandainya kita diberi peluang untuk menyintai seseorang
lakukanlah dengan sesungguhnya dan sepenuh hati.

hargai bila berdua
sayangi bila bersama
maafkan bila terluka
rindui bila berjauhan
fahami bila keliru
nasihati bila terleka
ingati bila sunyi.. ini lah perasaan.

cinta tidak mungkin menemukan kebahagiaan jika hanya seorang saja kekasih yang setia dan seorang lagi curang

Andainya dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz
Allah pasti akan mencampakkan rase kasih sayang dalam hatiku, jua hatimu.

novel:kau laksana bulan

kaulaksanabulan

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya! Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak ‘kejadian’ yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya. Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang
direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya! “Kau laksana bulan yang menyinari hidupku…dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit”

kasihan lelaki x handsome

kalau lelaki handsome pendiam..

prempuan akn ckp:w0w!!cool gilee

kalau lelaki x handsome pendiam..

prempuan akn ckp:eh!perasan bagus..


kalau lelaki handsome berbuat jahat..

prempuan akn ckp:nobody`s  perfect..

kalau lelaki x handsome berbuat jahat..

prempuan akn ckp:memang!..muka pun mcm pecah rumah..

kalau lelaki handsome menolong prempuan yg diganggu..

prempuan akn ckp:wah! machonya..mcm hero filem

kalau lelaki x handsome menolong prempuan yg diganggu..

prempuan akn ckp:ntah2 kawan dia

kalau lelaki handsome dapat prempuan cantik..

prempuan akn ckp:sepadan sgt..

kalau lelaki x handsome dapat prempuan cantik..

prempuan akn ckp:mesti kena bomoh prempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih..

prempuan akn ckp:jangan sedih kan sy ada..

kalau lelaki x handsome ditinggal kekasih..

prempuan akn ckp:(terdiam)tp,jari telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah;patutlah! tgk saja luarannya..

kalau lelaki handsome penyayang binatang..

prempuan akn ckp:prasaannya halus..penuh kasih sayang..

kalau lelaki x handsome penyayang binatang..

prempuan akn ckp:hurm..sesama keluarga mmg harus menyayangi..

kalau lelaki handsome bawa BMW..

prempuan akn ckp:matching..hebat luar dalam..

kalau lelaki x handsome bawa BMW..

prempuan akn ckp:bang..,bosnya mana?

kalau lelaki handsome x mahu bergambar..

prempuan akn ckp:pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

kalau lelaki x handsome x mahu bergambar..

prempuan akn ckp:x sanggup tgk hasilnya yee?

kalau lelaki handsome bersedih hati..

prempuan akn ckp:let me be your shoulder to cry on..

kalau lelaki x handsome bersedih hati..

prempuan akn ckp:kuat nangis!!..lelaki ke bukan nih??!


lelaki yg ditarik ke neraka

  • Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

  • Suami

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

  • Abang

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

  • Anak Lelaki

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? ?

lawak:selamat pagi cikgu

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

« Previous entries